PUTRAJAYA, 13 MEI: Kerajaan meluluskan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi difteria-tetanus-pertussis (D-TaP) kepada ibu mengandung bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KOTA KINABALU, 12 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
HULU SELANGOR, 26 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) kekal dengan keputusan untuk meminda Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bagi menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
PUTRAJAYA, 24 APRIL: Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PUTRAJAYA, 15 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menerima sebarang laporan kes keracunan makanan di bazar Ramadan di seluruh negara setakat ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KUALA NERUS, 9 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggerakkan kira-kira 1,000 penguat kuasanya untuk memantau penyediaan dan kebersihan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.
KUALA NERUS, 9 MAC: Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dikesan berlaku di seluruh negara bermula minggu pertama tahun ini hingga semalam.
PETALING JAYA, 2 MAC: Negara masih memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah secara purata setiap hari untuk memastikan stok bekalan darah mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa depan.
CYBERJAYA, 17 FEB: Tempoh menunggu bagi rawatan kanser di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) sekurang-kurangnya mengambil masa paling lewat sebulan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PUTRAJAYA, 29 JAN: Kes kusta baharu dalam negara meningkat 40 peratus kepada 256 kes pada 2023 berbanding 183 kes tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 23 JAN: Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan rancangan strategik bagi menambah baik kemudahan infrastruktur dan sumber manusia untuk Hospital Selayang, Selangor, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
JELI, 31 DIS: Sebanyak 20 kes Covid-19 dikesan melibatkan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu dari 22 Disember lalu hingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PUTRAJAYA, 29 DIS: Tiada varian baharu Covid-19 yang dikesan di negara ini dan situasi kekal terkawal dengan kebanyakan kes dilaporkan melibatkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.
KUALA LUMPUR, 23 DIS: Kes Covid-19 bagi Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember meningkat kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 20 DIS: Sebanyak 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disediakan di Klinik Kesihatan di seluruh negara sehingga kini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
SHAH ALAM, 18 DIS: Sebanyak 20,696 kes baharu dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 iaitu dari 10 hingga 16 Disember, dengan peningkatan 62.2 peratus berbanding berbanding ME sebelumnya, kata menteri kesihatan.
KUALA LUMPUR, 15 DIS: Skim Perubatan MADANI merekodkan lebih 1 juta lawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan percuma di klinik swasta yang berdaftar, sejak skim itu diperkenalkan pada 15 Jun lepas.
PUTRAJAYA, 13 DIS: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang memulakan tugas secara rasmi hari ini untuk mengemudi semula Kementerian Kesihatan (KKM), menzahirkan tekad untuk melaksanakan agenda transformasi kesihatan digital secara menyeluruh.
SHAH ALAM, 27 NOV: Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meluangkan masa menyantuni mangsa banjir Kampung Tanjung Siam, Bestari Jaya pagi tadi.
SHAH ALAM, 1 NOV: Seramai 1,150 golongan berpendapatan rendah sekitar Parlimen Kuala Selangor menerima baucar Jom Shopping sempena Deepavali.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.